Saturday, October 8, 2011

Lembaga

Lembaga itu
Redup pandangannya
Ekor mata tidak lepas daripada susuk tubuhnya
Sangkaan di kanan, kirinya sudah menjelma
Tohmahan di kiri, kanannya dia berada

Kau rasa angin sepoi sepoi bahasa
Membolak dadamu
Menghembus hujung rambutmu
Tapi ketika itu
Dia lah yang meniup angin pada mu






















Tuesday, July 26, 2011

Cinta

Satu kelopak bunga saya kupil
Satu "saya sayang awak"
Dua "saya tak sayang awak"
Tiga "saya sayang awak"
Empat "saya tak sayang awak"


Eh,saya sayang awak la.
Hihi

Wednesday, July 6, 2011

Hati

Senyuman
Tidak hanya daripada mulut
Tapi
Daripada hati bercampur mekar

Gelak tawa
Tidak hanya daripada kotak suara
Tapi
Daripada hati bercampur riang

Faham
Tidak hanya daripada otak
Tapi
Daripada hati yang kosong,sedia menerima ilmu

Sayang
Tidak hanya daripada perasaan
Tapi 
Daripada hati yang berpaut,melingkar di badan seseorang

Bangga
Tidak hanya daripada bongkak
Tapi
Daripada hati kecil yang inginkan perhatian

Nyaman
Tidak hanya daripada suhu
Tetapi
Daripada hati yang meronta inginkan kedamaian

Perit
Tidak hanya daripada pengalaman
Tetapi
Daripada hati kesah,gundah terleka dibuai kesenangan

Insan selalu berkata
"Aku tidak perlukan hati untuk hidup"
Bila mana air pula berkata
"Bagaimana aku ingin hidup jika tiada oksigen dalam hidrogen-ku?"

Pentingnya hati itu
Seperti
Sikat tiada guna tanpa rambut
Jam tiada guna tanpa tangan
Rantai tiada guna tanpa leher
Anting2 tiada guna tanpa telinga

Sperma tiada guna tanpa ovum


Tuesday, July 5, 2011

Today

You
We have been together for 454 days
And still

I love you so much


Ihik Ihik
.

Friday, July 1, 2011

Integrasi Kaum

Ons kan nie integreer met ander
لا نستطيع الاندماج مع الآخرين
我们不能整合与他人
hindi namin isama sa iba
nous ne pouvons pas intégrer avecd'autres
हम दूसरों के साथ नहीं एकीकृत कर सकते हैं
私たちは他人と統合することはできません
мы не можем интегрироваться с другими
நாம் மற்றவர்களுடன்ஒன்றிணைக்க முடியாது
เราไม่สามารถทำงานร่วมกับคนอื่น ๆ
chúng ta không có thể tích hợp với những người khác


Maksud semua sama
Masalah utama
Sangat utama
"we can't integrate with others"

Thursday, June 30, 2011

Manis


Kalau ikutkan sayang aku pada kamu
Aku sembahkan
Satu kiub gula
3cmX3cmX3cm saiznya
Kecil bagi manusia

Tapi tidak jika kamu semut nya

Monday, June 27, 2011

Memo Ringkas

I'M SO INTO WRITING SAJAK SEJAK AKHIR-AKHIR INI.TAK RASA AKAN MENULIS POST YANG PANJANG-PANJANG LAGI BUAT MASA INI. BUAT SAJAK,AMBIL MASA DALAM 2,3 MINIT SAHAJA.


UIHHH,LAGI SENANG

Murah

Mari,mari
"Hati ini untuk dijual"
Berpusu-pusu sejajahan orang
Menge'like'
Meng'omen'
Me'mesej'
Menge'poke'
Menggodek gambar

Hanya untuk satu tujuan
Menawan hati si attention seeker

Tapi tidak dia sedar
Menjajah 'maruah' bila itu hanya untuk si dia yang satu

Sunday, June 26, 2011

Manusia II



Dengan sekecil kuasa itu
Kau melolong
Kau mengherdik
Di bawah tapak kaki kau
Kau kira kau punyai segala
Tapi ku kira,kau sundal
Sundal di mata
Sundal di telinga
Sundal di hati
Menempelak orang ramai

Tuhan patut kotakan dosa-dosa kau, wahai penempelak kecil

Saturday, June 25, 2011

Manusia

Bila dinyatakan asal usul periksa mu
Gah berkata
"Anak Raja,Anak Datuk,Anak CEO,bla bla"
Tapi yang pasti
Kain putih jua kau pakai di akhirnya

Bila dinyatakan tahap pendapatan mu
Gah berkata
"5 rat berkepul kepul dalam poket, bla bla"
Tapi yang pasti
Not hijau tak pernah di terima si fakir

Bila dinyatakan di mana agama mu
Gah berkata
"Amal maaruf nahi mungkar, bla bla"
Tapi yang pasti
Hadas besar tidak sempurna di ambil

Bila dinyatakan di mana taraf ilmu nya
Gah berkata
"Stokes theorem,Crank-Nicolson,bla bla"
Tapi yang pasti
Kitab syumul kau terkial-kial baca

Bila dinyatakan di mana impian mu
Gah berkata
"Pandu Lamborghini,money freedom,bla bla"
Tapi yang pasti
Ibu bapa tidak dibawa bersama

Manusia makin lupa
Asal usul kejadiannya
Asal usul lahirnya
Hanya memuja,menyanjung isi dunia

Bila garisan tamat tiba nanti
Jangan di salah Tuhan yang satu
Jangan di salah penjaga diri
Jangan di salah insan sekeliling
Fikir kembali di hati
Solat sunat taubat pernah diadakan?